Friday, January 28, 2011

Tentang Kecewa

Kecewa. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan. Perasaan yang selalu berkait dengan kesedihan dan perasaan ini yang sebolehnya kita mahu tolak ia ketepi, terlalu jauh. Akan tetapi, kecewa itu pasti. Seperti mana pastinya mati. Segembira mana pun kehidupan seseorang itu, dia pasti pernah merasa kecewa. Dan mungkin membawa kepada sengsara.

Terlalu banyak perkara untuk dikecewakan di dalam dunia yang singkat ini. Kehilangan harta benda dan nyawa, hasad dengki, kepercayaan, kejujuran, kegagalan hidup...dan terlalu banyak juga manusia yang mampu membuatkan kita rasa dikecewakan. Ibu bapa, anak-anak, adik beradik, suami, isteri, saudara, sahabat, majikan, kekasih dan boleh jadi juga orang yang tidak dikenali.

Ada yang tidak mampu menghadapi kekecewaan hingga kehilangan jiwa, kehilangan nyawa. Mereka tidak mahu meneruskan kehidupan lalu mengabaikannya. Mereka hilang pegangan dan kepercayaan lalu kecundang di tengh jalan.

Ada pula yang masih meneruskan kelangsungan hidup. Berusaha melalui saki baki hidup dengan harapan yang masih tinggal dan berharap agar kehidupan akan lebih baik pada hari esok dan hari-hari yang bakal mendatang. Mereka tidak pernah berputus asa. Mereka menghadapi kekecewaan berbekalkan sekeping hati yang tabah. Percaya dan yakin...

Kecewaka saya.....atau kamu?