Monday, December 27, 2010

Lelaki Setia / Tak Setia

Ada orang tanya, kenapa lelaki ni tak setia bila dah beri komitmen. Walaupun lelaki tu cakap akan setia, tapi akhirnya tak setia dan hubungan itu hancur akhirnya. Apa faktor-faktor yg menjadikan lelaki itu tak setia? Adakah kes lelaki tak setia ni berpunca daripada lelaki sahaja? Atau kedua-dua pasangan? Atau berpunca dari perempuan itu sendiri? Berikut adalah beberapa faktor yg saya dapat fikirkan.
1. Sifat tidak pernah puas. Mungkin lelaki tu mmg jenis yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat. Dia sentiasa mahukan lebih. Dah ada awek pun dia masih membuka hati dan mindanya untuk mendapatkan awek lain walaupun awek yg dia ada sudah setia dengannya. Tetapi disebabkan sifat lelaki tu yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat, maka itulah yg dia akan sentiasa lakukan sehinggalah dia kena terhantuk kepala sendiri, baru dia nak sedar. Mungkin lelaki mcm ni mmg patut dielakkan.
2. Layanan girlfriend nya. Mungkin awek dia layan mcm nak taknak atau segan sangat atau respon tak begitu hebat. Memang la awek dia jenis setia dan tak keluar dengan lelaki lain ke ape ke. Tapi bukan setakat itu sahaja untuk membuktikan kesetiaannya. Cara seorang awek melayan boyfriend dia pun sangat penting. Bukan nak suruh awek dia terhegeh-hegeh, cuma kena layan secara cool. Not too cool. Lelaki ni mudah tersentuh dengan sifat kewanitaan seorang perempuan. Lelaki sangat suka kalau aweknya caring pasal dia. Pendek kata, apa yg perempuan expect drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah expectation seorang lelaki terhadap perempuan.
3. Kejelitaan/kecantikan. Ada juga lelaki yg jadi tak setia sbb tetiba tgk awek dia mcm hantu jerangkung atau dah tak lawa. Perempuan mmg kena mencantikkan diri utk kekalkan kejelitaan yg sedia ada. Memang akan ada lelaki yg sentiasa memandang rupa dan nak awek dia cantik je sentiasa. Mmg dah sah lelaki tu jenis pandang rupa. Mmg ada lelaki yg boleh tawar hati kalau awek dah tak cantik mcm dulu. Habis tu camne nak tempuh alam perkahwinan? Dan of course, akan sentiasa ada lelaki yg sanggup menerima baik buruk kita dari segi rupa. Itu mmg tidak dinafikan lagi.
4. Perwatakan/Attitude. Perangai awek dia yg memualkan atau tak disenangi oleh boyfriend ataupun tiada toleransi atau give and take sesama pasangan. Sememangnya kita harus menerima kelemahan sesama pasangan tetapi setiap pasangan tu seharusnya sentiasa mengubah tabiat atau perangai buruknya demi kebaikan bersama. Kita ni bukan manusia perfect tetapi kita harus sentiasa mengubah diri kita untuk menjadi yg terbaik.
5. Ada orang ketiga. Mcm saya cakap tadi, ada lelaki yg tak pernah puas dgn apa yg dia ada. Kalau layanan awek dia tak berapa best tak seperti yg diharapkan, pastu attitude awek dia yg dia tak suka, tetiba ada perempuan lain hadir yg lebih baik drpd aweknya, of course lelaki tu akan terasa something terhadap perempuan baru tu. Sudah jadi lumrah manusia, sentiasa mahukan yg terbaik untuk dirinya. Tapi kalau dah commit tu, be responsible la kan.
Bagi saya, kedua-dua pasangan harus saling berusaha dalam mengekalkan suatu perhubungan. Tak boleh nak salahkan lelaki je dan tak boleh juga salahkan perempuan. Harus ada toleransi, give and take. Apa yg perempuan harapkan drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah harapan seorang lelaki terhadap perempuan. Kita harus sentiasa berfikir dan cuba meletakkan diri di dalam situasi pasangan kita itu. Sakit tak aku kalau aku buat camni, terasa tak aku kalau aku buat mcm ni, marah tak aku kalau aku buat camni. Pendek kata, harus menyelami perasaan orang yg sayang kita.

Thursday, December 23, 2010

Benarkah mereka ''hanya kawan'' ~


BENAR...mereka hanya berkawan? Adakah rakan wanitanya itu satu ancaman kepada anda? Dan pernahkah anda terdetik bahawa pasangan anda itu mungkin menipu tentang kawan wanitanya. Memang antara sahabat boleh bergurau senda tetapi ada batasnya. Jika rakan wanitanya itu kelihatan berlebih-lebih atau menunjukkan kemesraan melampau, bermakna persahabatan mereka telah melampau batas.

Berkawan dengan rakan berbeza jantina bukanlah sesuatu yang pelik pada zaman serba moden ini. Tapi sejauh manakah kemesraan pasangan anda terhadap rakan wanita mereka? Apa pun sebelum anda menyiasat kebenaran tersebut, pastikan diri anda tidak diselubungi perasaan cemburu kerana perasaan tersebut boleh mengaburi keputusan anda. Cemburu juga boleh membuatkan anda berfikir tentang perkara yang bukan-bukan tentang pasangan anda serta rakan wanitanya. Selepas anda berjaya ketepikan perasaan cemburu tersebut, kaji cara persahabatan antara pasangan anda dan rakan wanitanya. Semasa membuat pemerhatian tersebut, carilah jawapan untuk soalan-soalan di bawah:
- Berapa lama masa yang pasangan anda habiskan untuk rakannya?
- Berapa kerap mereka berhubungan di telefon dalam sehari?
- Adakah pasangan anda amat mementingkan setiap panggilan telefon yang diterimanya?
- Adakah mereka nampak mesra lebih daripada rakan biasa?
- Akhir sekali adakah naluri anda mengatakan bahawa wanita tersebut mahukan pasangan anda lebih dari seorang rakan.

Jika mereka menghabiskan banyak masa bersama dan sering berhubung telefon, awas, perhubungan anda mungkin goyah disebabkan wanita tersebut. Jika rakan wanita itu berlebih-lebih sebagai contoh bersentuhan kulit secara mesra bila bercakap dengan pasangan anda, bermakna persahabatan mereka telah melampau batas. Memang antara sahabat boleh bergurau senda tetapi ada batasnya, ditambah pula dengan naluri anda kuat mengatakan yang wanita tersebut mahukan sesuatu yang romantis daripada pasangan anda. Tetapi sebelum anda bertindak, anda perlu ingat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Rakan wanita ini hanya menjadi ancaman sekiranya pasangan anda membuatkan dia betul-betul menjadi ancaman anda. Mungkin pasangan anda tidak menyedari bahawa rakan wanitanya mempunyai niat serong, tapi tidak bermakna dia tidak boleh menilai dengan cara layanan rakan wanitanya yang berbeza dari sahabat lain. Jika mereka hanya kawan, pasangan anda juga mesti tahu had waktu yang sepatutnya dihabiskan dengan rakan wanitanya itu dan sejauh mana pentingnya panggilan telefon daripada wanita itu. Bermakna, jika anda rasa tidak selamat atau rasa terancam dengan sikap wanita tersebut, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda itu juga sepatutnya menjaga perasaan anda dan tidak bersikap sesuka hatinya.

"Berbicara Untuk Elak Syak Wasangka"
 Jika persahabatan pasangan anda dengan rakan wanitanya menjadi satu gangguan pada perasaan anda adalah lebih baik jika anda berdua duduk berbincang.
Beritahu dia apa yang anda rasa dan pastikan anda tidak minta sesuatu yang membuatkan dia rasa terikat dengan anda. Ini kerana pasangan anda sebenarnya berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja sama seperti anda juga berhak memilih sesiapa sahaja sebagai rakan. Pasangan yang menghormati anda akan menerima dan mengambil berat tentang apa yang merisaukan anda. Dan perhatikan juga adakah pasangan anda berubah sekali gus membuatkan anda berasa lebih selesa dengan situasi baru tersebut. Jika dia tidak mengendahkan kerisauan anda, maka tibalah masa untuk anda berdua mengkaji dan memastikan adakah kehadiran anda bermakna untuk dia. Tidak dinafikan sahabat memang perlu tetapi janganlah sampai merosakkan hubungan intim anda dan pasangan. Memang pasangan anda bebas berkawan namun jika persahabatan tersebut mengganggu perhubungan anda maka persahabatan tersebut perlu dihentikan.

"Tidakkah saya nampak terlalu mengongkong jika meminta dia jangan berkawan dengan perempuan?"
 Itu hanya dilakukan apabila anda pasti bahawa 'ada sesuatu' yang luar biasa pada persahabatan mereka. Tidak salah jika anda berbuat demikian jika anda pasti bahawa wanita itu tidak berniat ikhlas terhadap persahabatannya dengan pasangan anda. Memang pasangan anda patut menyedari hakikat tersebut dan selesaikan dengan baik, namun perlu diingat anda juga berhak untuk menyuarakannya jika anda mahu. Anda juga perlu mengawal diri, bersikap tenang dan bertutur dengan jelas untuk melindungi hak anda. Jangan sesekali bergaduh, reaksi si dia boleh memberitahu respons dia terhadap isu tersebut. Jika dia bersikap negatif terhadap kerisauan anda, mungkin ini memberitahu anda bahawa hubungan anda perlukan 'cuti panjang', mungkin pada tempoh tersebut dia boleh berfikir dan membuat keputusan apa yang dimahukan dalam hidupnya.

Sunday, December 19, 2010

Forever and Ever :)



Dear Khairul Izhar ..

I want to start off by telling you how madly, truly and deeply I am in love with you. 
I love you so very much, with all my heart and soul, always, forever and ever! 
Having you in my life is truly a blessing.
You bring so much happiness into my life and so much love into my heart!
I do not know if I tell you this enough but I want you to know it each and every day.
And with every moment, my love for you grows stronger and deeper.

Honey, I never knew I would be this happy. 
But you know what... it is the greatest feeling in the world to be content and might I say,
I am very, very content with you and only you.
No one else can make me feel the way you make me feel.
Your caress, your kiss, your touch, your words, your understanding ways.

Sometimes I truly feel like I get on your last nerve but despite it all, we are still together.
And that is what is most important.
And we will always be together because we will always have this amazing love for each other.
I promise that to you. 
We have been through the good and the bad but the good times definitely makes up for the bad times. And I know I am speaking for both of us when I say that.
So babe, let's make some real good times and enjoy each and every moment we have together.

And from what i said , i truly know that you are my one and only, my partner for life, my best friend, my lover, my soulmate, and I will love you forever and ever! 

Love always :)


By Norfazila ^_^

Thursday, December 16, 2010

saia sayunk awak ! :D




buat awak yang saya sayang... 

terima kasih atas semuanya... 
memberi peluang saya menjadi insan teristimewa 
dalam hidup awak... 

buat awak yg saya sayang 

walaupun saya tiada disisi awak 
saya tetap menyayangi awak 
saya tetap ingat kat awak... 

buat awak yang saya sayang.. 
saya sayang awak, 
biar pun kita jauh saya tetap sayang awak, 
biar pun kita jarang jumpe saya tetap sayang awak, 
biar pun awak mcm mane saye tetap sayang awak
pendek kata saya mmg sayangkan awak... 

buat awak yang saya sayang... 

walaupun awak bukan yang pertama 
tapi bagi saya awak tetap yang pertama 

buat awak yang paling saya sayang..
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya, 
buat awak yang paling saya kasihi... 
terima kasih kerana masih setia ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan, 
buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya..... 
terima kasih kerana hanya awak merindui saya 
terima kasih...terima kasih...  
saya sgt sayangkan awak khairul izhar !! :D