Monday, December 27, 2010

Lelaki Setia / Tak Setia

Ada orang tanya, kenapa lelaki ni tak setia bila dah beri komitmen. Walaupun lelaki tu cakap akan setia, tapi akhirnya tak setia dan hubungan itu hancur akhirnya. Apa faktor-faktor yg menjadikan lelaki itu tak setia? Adakah kes lelaki tak setia ni berpunca daripada lelaki sahaja? Atau kedua-dua pasangan? Atau berpunca dari perempuan itu sendiri? Berikut adalah beberapa faktor yg saya dapat fikirkan.
1. Sifat tidak pernah puas. Mungkin lelaki tu mmg jenis yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat. Dia sentiasa mahukan lebih. Dah ada awek pun dia masih membuka hati dan mindanya untuk mendapatkan awek lain walaupun awek yg dia ada sudah setia dengannya. Tetapi disebabkan sifat lelaki tu yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat, maka itulah yg dia akan sentiasa lakukan sehinggalah dia kena terhantuk kepala sendiri, baru dia nak sedar. Mungkin lelaki mcm ni mmg patut dielakkan.
2. Layanan girlfriend nya. Mungkin awek dia layan mcm nak taknak atau segan sangat atau respon tak begitu hebat. Memang la awek dia jenis setia dan tak keluar dengan lelaki lain ke ape ke. Tapi bukan setakat itu sahaja untuk membuktikan kesetiaannya. Cara seorang awek melayan boyfriend dia pun sangat penting. Bukan nak suruh awek dia terhegeh-hegeh, cuma kena layan secara cool. Not too cool. Lelaki ni mudah tersentuh dengan sifat kewanitaan seorang perempuan. Lelaki sangat suka kalau aweknya caring pasal dia. Pendek kata, apa yg perempuan expect drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah expectation seorang lelaki terhadap perempuan.
3. Kejelitaan/kecantikan. Ada juga lelaki yg jadi tak setia sbb tetiba tgk awek dia mcm hantu jerangkung atau dah tak lawa. Perempuan mmg kena mencantikkan diri utk kekalkan kejelitaan yg sedia ada. Memang akan ada lelaki yg sentiasa memandang rupa dan nak awek dia cantik je sentiasa. Mmg dah sah lelaki tu jenis pandang rupa. Mmg ada lelaki yg boleh tawar hati kalau awek dah tak cantik mcm dulu. Habis tu camne nak tempuh alam perkahwinan? Dan of course, akan sentiasa ada lelaki yg sanggup menerima baik buruk kita dari segi rupa. Itu mmg tidak dinafikan lagi.
4. Perwatakan/Attitude. Perangai awek dia yg memualkan atau tak disenangi oleh boyfriend ataupun tiada toleransi atau give and take sesama pasangan. Sememangnya kita harus menerima kelemahan sesama pasangan tetapi setiap pasangan tu seharusnya sentiasa mengubah tabiat atau perangai buruknya demi kebaikan bersama. Kita ni bukan manusia perfect tetapi kita harus sentiasa mengubah diri kita untuk menjadi yg terbaik.
5. Ada orang ketiga. Mcm saya cakap tadi, ada lelaki yg tak pernah puas dgn apa yg dia ada. Kalau layanan awek dia tak berapa best tak seperti yg diharapkan, pastu attitude awek dia yg dia tak suka, tetiba ada perempuan lain hadir yg lebih baik drpd aweknya, of course lelaki tu akan terasa something terhadap perempuan baru tu. Sudah jadi lumrah manusia, sentiasa mahukan yg terbaik untuk dirinya. Tapi kalau dah commit tu, be responsible la kan.
Bagi saya, kedua-dua pasangan harus saling berusaha dalam mengekalkan suatu perhubungan. Tak boleh nak salahkan lelaki je dan tak boleh juga salahkan perempuan. Harus ada toleransi, give and take. Apa yg perempuan harapkan drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah harapan seorang lelaki terhadap perempuan. Kita harus sentiasa berfikir dan cuba meletakkan diri di dalam situasi pasangan kita itu. Sakit tak aku kalau aku buat camni, terasa tak aku kalau aku buat mcm ni, marah tak aku kalau aku buat camni. Pendek kata, harus menyelami perasaan orang yg sayang kita.

2 comments: